Monday 1 December 2014

JANGAN RASA DAH TUA TAK BOLE BERGAYA...WAHAHAHAHAHAHA...

Siapa kata semakin berusia, tidak perlu lagi nak berfesyen? Tidak kira berapa pun usia, anda perlu juga mengikuti perkembangan fesyen untuk membantu anda kelihatan menarik. Ingat, tua tidak bermakna anda harus kelihatan selekeh.
 
 
Ada beberapa perkara yang perlu diambil perhatian seperti gaya anda berpakaian serta aksesori yang dipilih. Ini dapat memberikan nilai tambah kepada penampilan anda secara keseluruhan. Berikut beberapa tip yang boleh dijadikan panduan bagi wanita golongan ini mencari busana yang sesuai.
 
 
Pakaian
Kesilapan yang biasa dilakukan dalam kalangan wanita berusia ialah mereka masih cenderung bergaya seperti remaja dengan baju berpotongan terlalu pendekdan ketat. Bahkan ada yang masih berani dengan bangganya apabila masih dapat mengenakan pakaian yang boleh menonjolkan bentuk badan mereka yang langsing. Sedangkan pada hakikatnya, penampilan mereka itu kelihatan 'canggung' dan serba tidak kena.
 
 
Skirt
Skirt pendek sememangnya tidak sopan digayakan secara terbuka oleh wanita berusia 40 tahun ke atas kerana ini seolah-olah menunjukkan mereka masih belum matang. 
 
 
Seluar
Tidak salah kalau ingin memakai seluar termasuklah seluar jean. Tetapi pilihlah potongan sesuai dengan usia anda. Skinny jeans atau seluar koyak tidak lagi sesuai untuk anda. Begitu juga seluar legging yang tidak sesuai lagi untuk usia anda. Apatah lagi kalau betis 'bunting padi' sudah bertukar saiz menjadi 'bunting balak'.

#APAPUN KALAU NAK BERFESYEN TU JANGAN LA SAMPAI TERBERANI OVER...IKUT SYARIAH....

#SAMA MACAM KERAJAAN MALAYSIA..PEMIMPIN NYE SEKARANG KENELAH MENGIKUT KEPERLUAN RAKYAT.....
 

No comments:

Post a Comment